Wednesday, 13 May 2020

Tips Kurus di Bulan Ramadhan

Hari ni saya nak share, bagaimana untuk kurus di Bulan Ramadhan. Ialanya lebih kepada tips dan harapnya apa yang saya share boleh membantu anda.
.
Ramai yang menyangka pada bulan puasa ialah bulan yang terbaik untuk kurangkan berat badan.Itu memang saya setuju. Tapi, kenapa ramai juga yang gagal untuk kurangkan berat badan di bulan puasa? masih sama jer. Lebih teruk berat meningkat dengan lebih mendadak.
.
Kesilapan pertama untuk turunkan berat badan ialah waktu makan. Biasanya, waktu makan yang paling kritikal ialah waktu berbuka puasa. 
.
Jika dibandingkan dengan waktu sahur, kuantiti makan pada waktu berbuka lebih dari 3 kali ganda dari sahur. Jadi waktu berbuka ialah waktu dimana punca berat badan naik atau berat akan kekal.
.
Ramai yang tanya kenapa, waktu sahur tak mempengaruhi? Bukan tak mempengaruhi, tapi waktu sahur biasanya kita akan makan dengan jumlah yang sedikit. Sebabnya waktu pagi ni kita dalam keadaan mengantuk. 
.
Jadi selera untuk makan waktu ni agak kurang sedikit berbanding waktu berbuka.
.
Jadi 2 tips saya ialah,
1- Bila nak makan waktu berbuka, pastikan jangan mulakan dengan minum air manis dahulu. Minumlah air kosong. Kenapa?
Air manis yang kita minum mengandungi gula, iaitu simple karbo. Jadi, kalau amik simple karbo dahulu, nafsu makan akan meningkat dan akan menyebabkan waktu bebruka makan melebihi had. 
.
2- Makan dengan perlahan. Untuk pengetahuan, masa untuk merasa kenyang sesuatu makan mengambil masa 20 minit. Jadi makan secara perlahan, akan memnebabkan nafsu makan dapat dikurangkan.
Jadi sekarang anda sudah faham. semoga apa yang saya share ini membantu anda. Cuba komen saya faham jika anda dah baca.
.
#sayafaham


No comments:

Tips Kurus di Bulan Ramadhan

Hari ni saya nak share, bagaimana untuk kurus di Bulan Ramadhan. Ialanya lebih kepada tips dan harapnya apa yang saya share boleh membantu a...